10 Muwasofat merupakan ciri-ciri utama pembinaan seorang kader dakwah. Dari detik pertama seseoarang itu menjejaki alam tarbiyyah, dia tidak dapat di pisahkan dengan pembinaan muwasofat-muwasofat ini sehingga dirinya terus di baluti oleh Islam yakni menjadi individu muslim yang unggul. Berikut merupakan sedikit pendetailan terhadap 10 Muwasofat.
"ketika melalui marhalah ini ‘Wajib ke atas setiap muslim memulakan dengan memperbaiki dirinya, kesempurnaan itu dapat dilihat bila ia telah dapat memiliki beberapa perkara yang meletakkan ia di peringkat tertentu yang menjadikan ia mampu untuk memikul tanggungjawab amal Islami "(Asy-Syahid Imam Hasan Al Banna)
1. Akidah yang sejahtera (Salimul Aqidah) :
- Redha Allah sebagai tuhan, Islam sebagai Agama dan Muhammad saw sebagai Nabi.
- Sentiasa muraqabah Allah dan mengingati akhirat, memperbanyakkan nawafil dan zikir.
- Menjaga kebersihan hati, bertaubat, istighfar, menjauhi dosa dan syubhat.
Pendetailan Ciri:
1. Tidak menjampi kecuali dgn al-Quran yg maâ’thur
2. Tidak berhubung dengan Jin
3. Tidak meminta bantuan dari orang yg meminta bantuan jin
4. Tidak menenung nasib
5. Tidak mendekati tukang tilik
6. Tidak mengusap kubur
7. Tidak meminta bantuan dari simati
8. Tidak bersumpah dgn selain Allah
9. Tidak mempercayai adanya sial
10. Mengikhlaskan amal kerana Allah
11. Mengimani rukun-rukun Iman
12. Mensyukuri Allah swt ketika menerima nikmat
13. Sentiasa sedar Syaitan adalah musuh
14. Menerima sepenuhnya dari Allah dan menolak sesuatu yg di turunkan selain Allah swt
2. Ibadah yang betul (Sahihul Ibadah)
- Perlu melakukan ibadat yang meninggikan roh dan jiwanya.
- Perlu belajar untuk membetulkan amalannya dan mengetahui halal dan haram.
- Tidak melampau atau berkurang (pertengahan).
Pendetailan Ciri:
1. Tidak menolak utk azan
2. Bersuci dgn sempurna
3. Sangat menghargai solat berjemaah
4. Sangat suka berjemaah di masjid
5. Memperbaiki mutu solat
6. Qiamullail seminggu sekali
7. Menunaikan zakat
8. Berpuasa wajib
9. Berpuasa sunat sehari setiap bulan
10. Ada niat utk menunaikan haji
11. Beriltizam dgn adab-adab tilawah
12. Khusyuk ketka membaca al-Quran
13. Menghafaz 1 juzuk dari al-Quran
14. Berdoa pada waktu-waktu yg diutamakan
15. Mengakhiri harinya dengan taubat dan istighfar
16. Menjadikan setiap amalan mempunyai niat
17. Menjauhi dosa-dosa besar
18. Sentiasa membaca zikir pagi
19. Sentiasa membaca zikir petang
20. Mengingati Allah swt pada setiap situasi
21. Menunaikan Nazar
22. Menyebarkan Salam
23. Menahan anggota dari perkara haram
24. Beri’tikaf di bulan Ramadhan jika ada peluang
25. Menggunakan sugi/siwak
26. Sentiasa bersuci (berwudhuk) sedaya mungkin