Wednesday, September 1, 2010

HARI AL-QUDS SEDUNIA...


Sebenarnya sudah lama hati ini ingin berkongsi artikel yang dikira muhimmatun jiddan2x… lebih2x lagi buat kite pejuang2x islam…Alhamdulillah hari ini Allah s.w.t telah memberi keizinan utk teman postkan artikel yang teman petik dari buku panduan gerakan persatuan mahasiswa islam yang dikarang oleh Dr Mahmoud At-Thohhan…sepatutnya artikel ni perlu di postkan pada malam 21 AUGUST tapi teman mengalami sedikit musyaqqah yang mana streamyx umah teman ni brona mnybbkn x dpt nak online selama seminggu lamenye.. tapi teman Bersyukur kpd ALLAH S.W.T yg tlh memberi keizinan pada teman hari ini... sama2xlah kita ambil iktibar dan jadikan artikel ini sebagai manfaat buat kita bersama...SALAM PERJUANGAN,, NAHNU ANSOORULLAH..



HARI AL-QUDS SEDUNIA (21 OGOS)


Palestin, Al-Quds, dan Masjid Al-Aqsa senantiasa berada pada kedudukan istimewa dalam hati kaum muslimin seluruh dunia. Islam telah menempatkan dan menambah kemuliaan bagi Al-Quds dan Masjid Al-Aqsa melalui ungkapan ayat-ayat Al-Qur'an yang menyebutkannya sebagai negeri penuh barakah dan suci.
Kemuliaan dan penghormatan itu semakin bertambah dengan Israknya Rasulullah s.a.w, di mana beliau menjadi imam solat bagi para nabi dan rasul a.s di Masjid Al-Aqsa. Hal ini menegaskan bahawa Islam adalah kalimat Allah terakhir bagi manusia sekaligus menunjukkan bahawa wajah (shibghah) terakhir bagi Al-Aqsa di dalam syari'at Allah adalah shibghah Islam hingga hari kiamat, maka jelaslah bahawa Al-Aqsa menjadi milik umat ini. Semua itu diabadikan dalam puncak kefasihan firman-Nya : "Maha suci (Allah) yang telah memperjalankan hamba-Nya di malam hari dari Al-Masjid Al-Haram ke Al-Masjid Al-Aqsa yang telah Kami barakahi sekelilingnya ..."Al-Isra' :3
Dan ketika ini, Al-Quds dan Palestin yang dibarkati menjadi tawanan tangan-tangan Yahudi, yang membuat luka yang mendalam di hati setiap muslim. Ini menyuburkan kerinduan untuk membebaskan Masjid Al-Aqsa dan melakukan solat di dalamnya.
Dari sini, Hari Al-Quds Sedunia menjadi sangat penting bagi hati kaum muslimin di seluruh dunia. Para pelajar/mahasiswa muslim - sebagaimana lazimnya - menjadi pelopor umat dalam memperingati hari bersejarah ini, sekaligus memelihara permasalahan Palestin agar tetap hidup di hati umat Is¬lam.

Apa dan bilakah Hari Al-Quds Sedunia itu ? Mengapa Hari itu diperingati ?

Pada tanggal 21 Ogos 1969, seorang berbangsa Australia yang bernama Dennis Michael melakukan pembakaran terhadap Masjid Al-Aqsa. Api menyala besar dan membakar barang-barang di masjid, tembok, dan mimbarnya yang besar - mimbar Salahuddin al-Ayubi. Mimbar ini dulu digunakan oleh Salahuddin alAyubi untuk berkhutbah Juma'at setelah pembebasan Al-Quds dari Tentera Salib. Meskipun api begitu besar, dan usaha keras dari kaum muslimin untuk memadamkannya, tetapi orang Yahudi tidak bergerak sedikitpun untuk memadamkannya dengan harapan agar api membakar masjid secara keseluruhannya. Akan tetapi Allah s.w.t menyelamatkan Masjid Al-Aqsa.

Al Quds dan masjidil aqsa akan terus berada dihati setiap muslimin dimana-mana saja dan ia akan terus begitu hingga ke Hari Qiamat dan melindunginya, maka api pun dapat dipadamkan. Setelah itu orang-orang Yahudi membuat pengadilan berpura-pura terhadap Dennis Michael. Ia mengungkapkan bahawa ia diutus Tuhan untuk melakukan pembakaran itu sesuai dengan berita dari kitab Zakaria. Kemudian mereka (Yahudi) membebaskannya atas alasan dia (Dennis Michael) tidak siuman semasa melakukan pembakaran, dan oleh itu dia tidak dapat dipertanggungjawabkan kejahatannya.
Negara-negara muslim seluruh dunia bangkit mempertahankan tempat suci
mereka, dan mengecam perbuatan keji terhadap masjid Al-Aqsa. Sejak itu lah maka tanggal 21 Ogos setiap tahun menjadi Hari Al-Quds Sedunia.

Gerakan Mahasiswa dan Hari Al-Quds Sedunia :

Hari Al-Quds Sedunia memiliki tempat khusus bagi gerakan mahasiswa di seluruh dunia, dan aktivis gerakan pelajar/mahasiswa harus memperingati hari bersejarah ini dengan membuat langkah-langkah dan program yang baik agar dapat mengambil manfaat darinya. Nilai-nilai penting yang harus diketengahkan pada peristiwa ini adalah :
1. Mengukuhkan pentingnya masalah Palestin, Al-Quds, dan Al-Aqsa, serta menghidupkannya dalam jiwa kaum muslimin.
2. Melawan setiap serangan musuh terhadap Palestin dan usaha-usaha untuk merubah hakikat permasalahannya.
3. Menyingkap peranan barat dan Zionis antarabangsa dalam merampas tanah Palestin dan mendirikan negara Israel di jantung dunia Islam, melindungi, dan membelanya.
4. Membantu rakyat Palestin yang sedang berjihad baik secara moral maupun material.
5. Mengukuhkan ikatan dan kesatuan kaum muslimin, serta sifat antarabangsa gerakan pelajar/mahasiswa.
6. Mengukuhkan peranan gerakan pelajar/mahasiswa dalam mengusahakan huraian permasalahan umat di mana pun berada.

Kenapa Perlu Mengingati Hari Quds Sedunia ?

1-Peri pentingnya memperingati hari ini
2-Menentang serangan ganas terhadap isu palestin
3-Mendedahkan peranan jahat negara barat dan zionis antarabangsa menjajah palestin
4-Memberikan sokongan moral dan material kepada rakyat palestin
5-Memastikan ikatan prasarana dan kesatuan sesama mukmin
6-Memastikan aktivisma pelajar menjangkau isu
antarabangsa
7-Memastikan aktivis pelajar berperanan
mengenegahkan isu masyarakat di mana sahaja.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...